Saturday, January 30, 2010

majlis Pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran



TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran menyerah watikah pengiktirafan kepada Latifah Mahfod dari SM Aminuddin Baki sambil disaksikan Datuk Wee Ka Siong (dua dari kanan), pada majlis Pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran. SM Aminuddin Baki adalah antara 20 sekolah yang dipilih menerima pengiktirafan itu.

Friday, January 22, 2010

riang menunggang dan membonceng motosikal tanpa memakai topi keledar



Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Molek, Johor Bahru, riang menunggang dan membonceng motosikal tanpa memakai topi keledar. Tindakan itu membahayakan mereka jika terbabit kemalangan jalan raya. Pihak sekolah dan penguat kuasa jalan raya perlu memantau perkara ini, selain pelajar sendiri ada sikap tanggungjawab dan sedar untuk menjaga keselamatan.

Saturday, January 2, 2010

Pertukaran Dalam Daerah

Kami Warga Pejabat SMKAB mengucapkan tahniah buat En. Azizi bin Adnan yang akan menyambung langkah perjalanan ke Sekolah Model Khas dalam mendidik anak bangsa. Beliau seorang yang bertanggungjawab dan berdedikasi dalam menjalankan tugasnya. Beliau juga amat disenangi oleh guru-guru, staf sokongan serta pelajar-pelajar SMKAB. Tetapi demi masa depan dan tugas beliau terpaksalah kita melepaskan pergi walaupun dalam keadaan yang penuh kesedihan.

Monday, December 28, 2009

PMR 2009

Tahniah buat 12 orang pelajar yang berjaya merangkul 9A. Teruskan perjalanan anda demi masa depan. Buat 17 orang pelajar yang gagal dalam Bahasa Arab, jangan putus harapan. Walaupun anda tidak dapat terus untuk menimba ilmu di SMKAB itu bukan bermakna nasib anda terus gagal selamanya. Terus berusaha di tempat baru. Mungkin ada sinar kejayaan disana..."SELAMAT MAJU JAYA DARI WARGA PEJABAT SMKAB"

Lulus PTK bulan 8/2009 (DG44)

Tahniah buat :-

1. En. Shuhaimi bin Yaacob
2. En. Amron bin Yasin
3. Pn. Noor Hashimah bt Abdul Hamid

Pertukaran Dalam Negeri mulai 1.12.2009

1. En. Amron bin Yasin ke SMK Jabi, Pokok Sena, Kedah
2. En. Muhammad Azley bin Azmi ke SMK Merbok, Kedah
3. Pn. Fazlina Zaini bt Abdullah ke SMK Taman Ria Jaya, Sungai Petani
4. En. Basri bin Mat Isa ke SMK Muadzam Shah, Kota Sarang Semut, Alor Setar

Tahniah dari kami..."Tingkatkan prestasi demi memartabatkan pendidikan Malaysia"

Staf dan Guru Yang Mengerjakan Haji

Kami mengucapkan selamat pergi dan pulang buat Chek Ma binti Md Saad (Ketua Penyelia Asrama) yang mula bercuti pada 8.11.2009 hingga 17.12.2009 dan Siti Nurazlini bt Md Yusoff (Guru) yang juga akan memulakan perjalanan pada 5.11.2009 hingga 14.12.2009.

Staf Sokongan baru

Selamat datang ke SMK Agama Baling buat Cik Ruhaila binti Mustaffa (Pembantu Tadbir) dan Encik Mohamad Hafiz bin Mohamad Najib (Pembantu Makmal). Semoga dengan kehadiran anda berdua dapat membantu meringankan lagi kerja-kerja yang sedia ada. Kita saling bantu membantu demi kepentingan SMKAB. "Apa yang penting KERJASAMA"...

Jamuan raya tahunan....




Staf dapat anak baru lagi....



Tahniah buat Hasliza binti Haron dia di atas kelahiran anak beliau yang ke 2. Beliau selamat melahirkan anak lelaki pada 16.07.2009. Anak sulong beliau perempuan yang kini berusia 6 tahun. Kami warga pejabat mengucapkan Tahniah sekali lagi dan jangan lupa jaga kesihatan.

Saturday, July 18, 2009

Lagi pertukaran keluar N1 ke N4




Selamat bertugas di tempat baru buat Pn. Norhafida bt Hashim (PAP N1-Perpustakaan) di atas kenaikan pangkat beliau ke Pembantu Am Pejabat Kanan N4 di SMK Syed Abu Bakar. Harap-harap Kak E suka dan gembira duduk di sana. Dengar kata kak E duduk di pejabat. Semoga Kak E dapat menyesuaikan diri

Pejabat baru....






Kami telah berpindah ke pejabat baru. Rasa penat juga bila mengusung barang-barang dari pejabat lama ke pejabat baru. Terima kasih kepada pekerja-pekerja kontrak kebersihan kerana membantu kami. Kesian juga tengok mereka berempas pulas mengangkat peti-peti besi yang berat. Tapi apakan daya kudrat kami kurang. Apapun Tuhan kan membalasnya.

Thursday, July 9, 2009

Dapat baby Baru...

Tahniah buat Mastira bt Muataffa (Pembantu makmal)C17 di atas kelahiran anak lelaki yang ke-4. Mohamad Iyad, sedap nama tu. Semoga menjadi ibu mithali, ibu sejati. Kami mendoakan agar Mastira sihat selalu bersama anak. Bila mai kerja nanti badan biar maintain tau...

Pertukaran Pembantu Tadbir N17



Selamat bertukar buat Nor Asilawani bt M.Sehut PT N17. Beliau bertukar ke SJK(T)Ladang Harvert, Gurun. Beliau bertukar atas alasan dekat dengan tempat tinggal. Semoga berbahagia di tempat baru. Jangan lupakan kami di sini.

Sunday, May 10, 2009

Lagi Naik Pangkat Ke DG 44


Kami team pejabat mengucapkan sekalung tahniah buat Ustaz Mohd. Shamsuryy bin Yahaya dan Cikgu Ahmad Bakuri bin Ab Razak di atas kenaikan pangkat ke Gred DG44. Disebalik keredhaan kita di atas musibah yang Allah berikan pasti Allah membalasnya dengan nikmat yang Dia redha juga kan? Setiap kesabaran dan ujian yang kita tempuh tanpa putus asa pasti kita akan mendapat kejayaan yang tidak terduga. Oleh itu terimalah nikmat yang diberikan tanpa melupakan-Nya. Renung-renungkanlah...