Friday, March 27, 2009

Lagi Guru Dapat Tawaran DG41

Tahniah buat Pn. Zuraidah bt Mustafa dan Pn. Fazlina bt Abdullah diatas Tawaran DG41 baru-baru nie. Kami mendoakan kejayaan anda di dalam mendidik anak-anak SMK Agama Baling. Ianya adalah anugerah dari Ilahi. Jadi hargainya sebaik mungkin. Allah akan memberi kepada sesiapa yang Dia suka dan bila-bila masa ia boleh mengambilnya semula.. Beringatlah....

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008

Tahniah buat guru-guru serta staf yang mendapat APC 2008. Tinggkatkan prestasi anda kerana ia satu amanah buat anda. Penganugerahan ini adalah satu kepercayaan dari Ketua Jabatan di atas kejayaan anda di dalam menjalankan tugas. Tahniah dari warga Pejabat SMKAB buat :-

En. Zakaria bin Yahya (Kaunselor)
Pn. Halijah bt Din (DG 44-Guru Pend. Seni dan Visual)
En. Zainool Abidin bin Ahmad (DGA 32-Guru KHB)
En. Mohd. Fuad bin Ahmad (DG41-Guru P.Islam/B.Arab)
En. Rushdan bin Abdullah (Pembantu Am Pejabat N1)

Thursday, March 19, 2009

Lawatan Staf ke Johor-Melaka


Selamat pergi dan pulang buat kengkawan yang mengikuti lawatan staf ke Johor-Melaka pada 18/03/2009 hingga 21/03/2009. Jangan lupe ole-ole buat kami yang tak pi nie. Nanti balik mesti pandai cakap KL kan? Apapun kami di sini mendoakan semoga korang selamat di mana sahaja korang berada. Jaga diri dan jangan pandu laju-laju tau...