Monday, December 28, 2009

PMR 2009

Tahniah buat 12 orang pelajar yang berjaya merangkul 9A. Teruskan perjalanan anda demi masa depan. Buat 17 orang pelajar yang gagal dalam Bahasa Arab, jangan putus harapan. Walaupun anda tidak dapat terus untuk menimba ilmu di SMKAB itu bukan bermakna nasib anda terus gagal selamanya. Terus berusaha di tempat baru. Mungkin ada sinar kejayaan disana..."SELAMAT MAJU JAYA DARI WARGA PEJABAT SMKAB"

Lulus PTK bulan 8/2009 (DG44)

Tahniah buat :-

1. En. Shuhaimi bin Yaacob
2. En. Amron bin Yasin
3. Pn. Noor Hashimah bt Abdul Hamid

Pertukaran Dalam Negeri mulai 1.12.2009

1. En. Amron bin Yasin ke SMK Jabi, Pokok Sena, Kedah
2. En. Muhammad Azley bin Azmi ke SMK Merbok, Kedah
3. Pn. Fazlina Zaini bt Abdullah ke SMK Taman Ria Jaya, Sungai Petani
4. En. Basri bin Mat Isa ke SMK Muadzam Shah, Kota Sarang Semut, Alor Setar

Tahniah dari kami..."Tingkatkan prestasi demi memartabatkan pendidikan Malaysia"

Staf dan Guru Yang Mengerjakan Haji

Kami mengucapkan selamat pergi dan pulang buat Chek Ma binti Md Saad (Ketua Penyelia Asrama) yang mula bercuti pada 8.11.2009 hingga 17.12.2009 dan Siti Nurazlini bt Md Yusoff (Guru) yang juga akan memulakan perjalanan pada 5.11.2009 hingga 14.12.2009.

Staf Sokongan baru

Selamat datang ke SMK Agama Baling buat Cik Ruhaila binti Mustaffa (Pembantu Tadbir) dan Encik Mohamad Hafiz bin Mohamad Najib (Pembantu Makmal). Semoga dengan kehadiran anda berdua dapat membantu meringankan lagi kerja-kerja yang sedia ada. Kita saling bantu membantu demi kepentingan SMKAB. "Apa yang penting KERJASAMA"...

Jamuan raya tahunan....




Staf dapat anak baru lagi....



Tahniah buat Hasliza binti Haron dia di atas kelahiran anak beliau yang ke 2. Beliau selamat melahirkan anak lelaki pada 16.07.2009. Anak sulong beliau perempuan yang kini berusia 6 tahun. Kami warga pejabat mengucapkan Tahniah sekali lagi dan jangan lupa jaga kesihatan.

Saturday, July 18, 2009

Lagi pertukaran keluar N1 ke N4




Selamat bertugas di tempat baru buat Pn. Norhafida bt Hashim (PAP N1-Perpustakaan) di atas kenaikan pangkat beliau ke Pembantu Am Pejabat Kanan N4 di SMK Syed Abu Bakar. Harap-harap Kak E suka dan gembira duduk di sana. Dengar kata kak E duduk di pejabat. Semoga Kak E dapat menyesuaikan diri

Pejabat baru....






Kami telah berpindah ke pejabat baru. Rasa penat juga bila mengusung barang-barang dari pejabat lama ke pejabat baru. Terima kasih kepada pekerja-pekerja kontrak kebersihan kerana membantu kami. Kesian juga tengok mereka berempas pulas mengangkat peti-peti besi yang berat. Tapi apakan daya kudrat kami kurang. Apapun Tuhan kan membalasnya.

Thursday, July 9, 2009

Dapat baby Baru...

Tahniah buat Mastira bt Muataffa (Pembantu makmal)C17 di atas kelahiran anak lelaki yang ke-4. Mohamad Iyad, sedap nama tu. Semoga menjadi ibu mithali, ibu sejati. Kami mendoakan agar Mastira sihat selalu bersama anak. Bila mai kerja nanti badan biar maintain tau...

Pertukaran Pembantu Tadbir N17



Selamat bertukar buat Nor Asilawani bt M.Sehut PT N17. Beliau bertukar ke SJK(T)Ladang Harvert, Gurun. Beliau bertukar atas alasan dekat dengan tempat tinggal. Semoga berbahagia di tempat baru. Jangan lupakan kami di sini.

Sunday, May 10, 2009

Lagi Naik Pangkat Ke DG 44


Kami team pejabat mengucapkan sekalung tahniah buat Ustaz Mohd. Shamsuryy bin Yahaya dan Cikgu Ahmad Bakuri bin Ab Razak di atas kenaikan pangkat ke Gred DG44. Disebalik keredhaan kita di atas musibah yang Allah berikan pasti Allah membalasnya dengan nikmat yang Dia redha juga kan? Setiap kesabaran dan ujian yang kita tempuh tanpa putus asa pasti kita akan mendapat kejayaan yang tidak terduga. Oleh itu terimalah nikmat yang diberikan tanpa melupakan-Nya. Renung-renungkanlah...

Tuesday, April 14, 2009

Mai Lagi Guru GSTT Baru...!!!

Selamat bertugas mulai 13 April 2009 buat cikgu Farrah Natsya binti Choh. Beliau DC41 dalam bidang Pengajian Sosial (Sekolah Rendah). Beliau di tempatkan di SMK Agama Baling hanya sementara sebelum diberi penempatan tetap di Sekolah Rendah. Masih muda belia. Untuk lebih mengenali beliau, silalah bertanya sendiri. Kata orang "Tak Kenal Maka Tak Cinta". betul tak Man? Rizal pun boleh juga.

Friday, April 10, 2009

Pertukaran Guru Kanan Kemanusiaan

Selamat menjalankan tugas ditempat baru buat Pn. Noor Aini bt Salim ke SMK Jerai. Katanya dah nampak seronok kat sana. Dah ada kawan kat sana. Apapun jangan lupa kawan kat sini ye. Kami warga pejabat mohon ampun dan maaf jika kami ada terlanjur kata atau terkasar bahasa yang boleh membuatkan hati kak Ani tersingung. Maklumkan kami insan biasa.
Selamat Datang pula buat En. Amron bin Yasin (Guru Kanan Kemanusiaan DG 44) bagi mengantikan Kak Ani kita. Untuk pengetahuan semua beliau adalah suami kepada Pn. Norhafida bt Hashim (PAP di Pusat Sumber). Semoga jangan serik mengajar kat Agama Baling
Selamat Datang dan Pergi dari warga Pejabat...

Naik Pangkat ke...!!!

Tahniah buat Ustaz Mohd Syamsury bt Yahya di atas kenaikan pangkat beliau ke Guru Kanan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di SMK Agama Baling. TAHNIAH...TAHNIAHH... Tengok tu senyum sampai ke telinga. Dah lah dapat naik pangkat lepas tu tak payah tukar mana-mana sekolah. Senang buat keje kan..?. Ha... jangan lupe orang kat bawah nie... Bila dah langut kat atas jangan lupe rumput yang dipijak ye... Semoga berjaya dunia dan akhirat.

Pertukaran Staf Makmal


Tahniah buat kawan kita En. Ismail bin Saad (Pembantu Makmal C17) di atas pertukaran beliau ke Sekolah Menengah Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, Jitra, Kedah. Wah.. makin dekatlah dengan family ye. Semoga berbahagia selalu disamping keluarga. Jangan lupakan kami di sini. Kerja rajin-rajin dan jangan culas tau...

Friday, March 27, 2009

Lagi Guru Dapat Tawaran DG41

Tahniah buat Pn. Zuraidah bt Mustafa dan Pn. Fazlina bt Abdullah diatas Tawaran DG41 baru-baru nie. Kami mendoakan kejayaan anda di dalam mendidik anak-anak SMK Agama Baling. Ianya adalah anugerah dari Ilahi. Jadi hargainya sebaik mungkin. Allah akan memberi kepada sesiapa yang Dia suka dan bila-bila masa ia boleh mengambilnya semula.. Beringatlah....

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008

Tahniah buat guru-guru serta staf yang mendapat APC 2008. Tinggkatkan prestasi anda kerana ia satu amanah buat anda. Penganugerahan ini adalah satu kepercayaan dari Ketua Jabatan di atas kejayaan anda di dalam menjalankan tugas. Tahniah dari warga Pejabat SMKAB buat :-

En. Zakaria bin Yahya (Kaunselor)
Pn. Halijah bt Din (DG 44-Guru Pend. Seni dan Visual)
En. Zainool Abidin bin Ahmad (DGA 32-Guru KHB)
En. Mohd. Fuad bin Ahmad (DG41-Guru P.Islam/B.Arab)
En. Rushdan bin Abdullah (Pembantu Am Pejabat N1)

Thursday, March 19, 2009

Lawatan Staf ke Johor-Melaka


Selamat pergi dan pulang buat kengkawan yang mengikuti lawatan staf ke Johor-Melaka pada 18/03/2009 hingga 21/03/2009. Jangan lupe ole-ole buat kami yang tak pi nie. Nanti balik mesti pandai cakap KL kan? Apapun kami di sini mendoakan semoga korang selamat di mana sahaja korang berada. Jaga diri dan jangan pandu laju-laju tau...