Wednesday, December 17, 2008

Pertukaran Masuk Guru ke SMKAB



Selamat datang ke SMK Agama Baling buat :-

Cik Azreen Dalela bt Ahmad - DC41 (Opsyen B.Inggeris),
En. Abdul Manan bin Abdullah - DG44 (Opsyen B.Melayu).


Semoga kehadiran anda akan menjadikan anak-anak SMKAB lebih maju dan sekaligus berjaya dalam matapelajaran.

Dari,
staf pejabat

Pertukaran Keluar Guru SMKAB



Selamat berpisah buat :

En. Rushidi bin Othman ke SMK Bandar Darul Aman,
Pn. Haryanti bt Md Desa ke SMK Tunku Bendahara, Kodiang,
Pn. Norliza bt Abdul Hamid ke SMK Syed Abu Bakar,
En. Rosli bin Noor ke SMK Jerai.


TAHNIAH..!! TAHNIAH..!! TAHNIAH..!!

dari,
pejabat smkab

Tahniah buat Guru2 Yang Naik Pangkat Ke DG44

Pejabat SMK Agama Baling mengucapkan Tahniah diatas kenaikan pangkat guru-guru berkenaan ke DG44. Semoga kalian lebih maju dan dapat meningkatkan prestasi di bidang perguruan di masa akan datang. Anda lah harapan anak-anak di SMKAB. GO..Go..Go cikgu boleh..
Tahniah buat :-
Pn. Sholihah bt Ahmad, En. Zakaria bin Yahya, En. Alauddin bin Abd Hak, Pn. Mazfuzoh bt Kassim, En. Rosli bin Noor.

dari,
pejabat smkab

Tahniah buat Penerima Anugerah Kualiti JPN Kedah


Tahniah....!!!

Buat penerima Hari Anugerah Kualiti Staf Sokongan (AKS)JPN Kedah 2008:-

Siti Aminah bt Abdullah (KPT),
Chek Ma bt Saad (Ketua Penyelia,
Bakrizal Fahmi bin Abu Bakar (Juruteknik Komputer),
Zahari bin Che Nas (Pemandu).


dari,
staf pejabat

Wednesday, December 10, 2008

Pembayaran Bonus + Gaji pada 18/12/2008

Pembayaran Bonus akan kita terima pada 18/12/2008. Banyak ooo.. duit kita dapat. Jangan suka sangat. Berjimat cermatlah. Anak-anak nak masuk sekolah. Jangan lupa keperluan persekolahan mereka. Sat lagi jenuh nak kambus balik...

Kewajipan membayar zakat

Potongan zakat katanya diwajibkan oleh kerajaan Negeri Kedah. Ramai yang tertanya-tanya golongan yang tak mampu pun wajib bayar juga ke? Itu semua tidak menjadi persoalan. Yang penting nawaitu kita. Walau pun satu sen disumbangkan hasil yang kita dapat tak terkira di akhirat kelak. Untuk Info terkini sila berjumpa dengan KPT kita.

Tuesday, December 9, 2008

Amukan Tanah di Bukit Antarabangsa




Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan mereka yang telah meninggalkan kita di alam fana ini. Semoga amal mereka diterima di Sana. Bagi yang masih selamat banyak-banyaklah bersabar. Angap ini adalah dugaan dari Allah. Bersama-samalah kita renungkan atas apa yang berlaku dan jadikan ia iktibar. Setiap apa yang diberikan pasti akan diambil-Nya semula....

Salam Aidil Adha dari team pejabat SMK Agama Baling


Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Tulus Iklas dari :

Siti Aminah bt Abdullah
Basarah bt Mohamed
Nor Asilawani bt Mohd Sehut
Hasliza bt Haron
Nor Hayati bt Misran
Arifin bin Teh
Azman bin Ibrahim

Thursday, December 4, 2008

Tiada Halangan jika Tiada MyKad untuk duduki PMR & SPM

Salam Sejahtera Warga Pendidik!

Kementerian Pelajaran Malaysia tiada halangan membenarkan pelajar-pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan Bum-Bum di Semporna yang tidak memiliki MyKad
untuk menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM).

Temubual Pengarah Bahagian Pendidikan Islam KPM sempena Hari Raya Aidiladha

Salam Sejahtera Warga Pendidik!

Bicara Pelajar kali ini menemubual Pengarah Bahagian Pendidikan Islam KPM,
Hj. Abdul Rashid Ngah sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti temubual tersebut menerusi ikon
Wawancara di laman web rasmi EduWebTV ; www.eduwebtv.com yang disiarkan
mulai 4 Disember 2008.

Ikon Wawancara


Laman Teknologi Pendidikan Untuk Semua!

2 sekolah cemerlang dalam Video terkini di Ikon Rencana

Salam Sejahtera Warga Pendidik!

Ikuti dua buah video terkini di ikon Rencana yang memaparkan rencana
mengenai Sekolah Kebangsaan Infant Jesus (SKIJ) Convent, Johor Bahru,
sebuah sekolah kluster yang mencatat tiga kecemerlangan khusus termasuk
penguasaan bahasa Arab di kalangan murid-muridnya.

Sebuah lagi Rencana akan meninjau mengenai langkah mendaftar Sekolah Agama
Rakyat dan Sekolah Agama Negeri di bawah Kementerian Pelajaran bertujuan
melahirkan generasi terdidik yang tidak ketinggalan menghadapi cabaran
arus perdana.

Jangan ketinggalan melayari kedua-dua video tersebut di laman web rasmi
EduWebTV; www.eduwebtv.com yang disiarkan mulai 5 Disember 2008.




Laman Teknologi Pendidikan Untuk Semua!


Wednesday, December 3, 2008

Selamat Melayari Blog Kami...

Assalammualaikum.. dan salam sejahtera..

Kami dari pejabat SMK Agama Baling mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda melayari blog kami. Kami pohon ampun dan maaf kiranya terdapat kekurangan pada blog ini. Jika ada bahan-bahan yang menarik silalah emailkan ke alamat email kami. Insyaalah kami akan cuba postkan ke dalam blog ini. Kami sedaya upaya akan meningkatkan dan memberi maklumat yang terkini dari pejabat SMK Agama Baling.

Siti Aminah bt Abdullah (Ketua Pembantu Tadbir)
Basarah bt Mohamed (Pembantu Tadbir Kewangan)
Nor Asilawani bt Mohd Sehut (Pembantu Tadbir Perkhidmatan)
Hasliza bt Haron (Pembantu Tadbir Rendah)
Nor Hayati bt Misran (Pembantu Tadbir Rendah)
Ariffin bin Teh (Pembantu Am Pejabat)
Azman bin Ibrahim (Pembantu Am Pejabat)