Saturday, July 18, 2009

Lagi pertukaran keluar N1 ke N4




Selamat bertugas di tempat baru buat Pn. Norhafida bt Hashim (PAP N1-Perpustakaan) di atas kenaikan pangkat beliau ke Pembantu Am Pejabat Kanan N4 di SMK Syed Abu Bakar. Harap-harap Kak E suka dan gembira duduk di sana. Dengar kata kak E duduk di pejabat. Semoga Kak E dapat menyesuaikan diri

Pejabat baru....






Kami telah berpindah ke pejabat baru. Rasa penat juga bila mengusung barang-barang dari pejabat lama ke pejabat baru. Terima kasih kepada pekerja-pekerja kontrak kebersihan kerana membantu kami. Kesian juga tengok mereka berempas pulas mengangkat peti-peti besi yang berat. Tapi apakan daya kudrat kami kurang. Apapun Tuhan kan membalasnya.

Thursday, July 9, 2009

Dapat baby Baru...

Tahniah buat Mastira bt Muataffa (Pembantu makmal)C17 di atas kelahiran anak lelaki yang ke-4. Mohamad Iyad, sedap nama tu. Semoga menjadi ibu mithali, ibu sejati. Kami mendoakan agar Mastira sihat selalu bersama anak. Bila mai kerja nanti badan biar maintain tau...

Pertukaran Pembantu Tadbir N17



Selamat bertukar buat Nor Asilawani bt M.Sehut PT N17. Beliau bertukar ke SJK(T)Ladang Harvert, Gurun. Beliau bertukar atas alasan dekat dengan tempat tinggal. Semoga berbahagia di tempat baru. Jangan lupakan kami di sini.